Vision Zero Malaysia
Syarat dan Ketetapan
  • i. Penyertaan terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas;
  • ii. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan;
  • iii.Kategori karya video dalam bentuk film pendek, vlog, video musik, parodi dan dokumenteri;
  • iv. Format .mp4 atau .mov dengan Resolusi minimal 1280 x 720-pixel dan berdurasi maksima 3 minit dengan ukuran file maksima 200MB;
  • v. Karya video tidak boleh mengandungi cacian/kata kasar atau umpatan dan seumpama dengannya;
  • vi. Video mestilah hanya karya asal dan kandungan video tidak menyinggung sensitiviti kaum dan agama;
  • vii.Video boleh dihantar dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris;
  • viii.Karya video yang dikirimkan merupakan karya asli peribadi/kumpulan dan peserta wajib bertanggungjawab penuh terhadap karya yang dikirimkan;
  • ix. Muzik/suara latar karya video tidak melanggar ketentuan Hak Cipta;
  • x. Karya video yang dikirimkan akan menjadi hak milik PERKESO;
  • xi. Peserta dianggap telah menyetujui semua syarat yang ditetapkan atas karya video yang dikirim; dan
  • xii.Keputusan pemilihan pemenang adalah muktamad.
Kategori
  • i. Keselamatan Perjalanan
    • Kategori ini adalah meliputi skop/input berikut. Antaranya adalah:-
      o Perjalanan pergi atau balik kerja
      o Perjalanan semasa urusan rasmi pekerjaan
  • ii. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja
    • Kategori ini adalah meliputi skop/input berikut. Antaranya adalah:-
        o Berjalan di kawasan yang berisiko terjadi kemalangan (tempat licin)
        o Bekerja menggunakan tangga (Work at height)
        o Ergonomik (Cara menggunakan peralatan bekerja dengan betul dan selamat)
        o Hygiene di tempat kerja
        o Program Wellness di tempat kerja
Jenis Karya Video Kreatif
  • i. Filem pendek
  • ii. Vlog
  • iii. Video Muzik
  • iv. Parodi
Kriteria Penilaian
  • i. Kesesuaian dengan jenis/bentuk video yang dipilih (filem pendek, vlog, parodi, dokumentari)
  • ii. Peserta dikehendaki melibatkan/memasukkan input-input yang kesesuaian dengan kategori pertandingan:
    1. o Keselamatan Perjalanan
      o Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja
  • iii. Kreativiti
  • iv. Keaslian karya
HADIAH
  • i. Pemenang Pertama (RM3,000), Kedua (RM2,000) dan Ketiga (RM1,000) bagi setiap kategori
    1. o Keselamatan Perjalanan
      o Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja
  • ii. Pemenang Share Terbanyak (RM1,000)
  • iii. Hadiah Saguhati bagi setiap kategori seramai sepuluh pemenang (RM300)
  • iv. Plaque bagi setiap pemenang
  • v. Setiap peserta akan mendapat e-Sijil Penyertaan
CARA PENYERTAAN
  • i. Maklumat, pautan penyertaan dan syarat-syarat pertandingan boleh didapati di https://visionzero.perkeso.gov.my/videokreatif2022 bermula 1 Ogos 2022.
  • ii. Selepas video dimuat naik melalui link penyertaan yang disediakan, peserta akan mendapat notifikasi email yang akan memaklumkan keputusan saringan awal selepas tiga (3) hari dari tarikh menghantar penyertaan.
  • iii. Penyertaan yang melepasi saringan awal adalah DIWAJIBKAN untuk memuat naik video tersebut di Instagram atau Facebook masing-masing dengan meletakkan #visionzeromalaysia dan #vzvideokreatif2022. Selain berpeluang memenangi hadiah utama pertandingan, peserta juga akan berpeluang untuk memenangi kategori Share yang terbanyak.
TEMPOH PERTANDINGAN
  • Tempoh pertandingan adalah dari 1 Ogos 2022 hingga 15 Oktober 2022.


For more details regarding Vision Zero 2019, please call 03-4264 5409/ 5604/ 5369
This site is best viewed on Mozilla Firefox and Google Chrome browser

Copyright © 2019 Pertubuhan Keselamatan Sosial | All Rights Reserved | 2517 Hits